fbpx

Perabot usang di klinik kesihatan, KJ diminta bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kerusi di sebuah Klinik Kesihatan yang didakwa tidak sesuai digunakan memandangkan telah berkarat dan usang.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan perabot usang yang didakwa di sebuah Klinik Kesihatan milik Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi satu ciapan oleh @ultranatasja, beberapa buah kerusi di ruangan menunggu dilihat berada dalam keadaan daif dan berkarat.

“Mungkin tiba masanya utk KKM menyelenggara perabot di Klinik Kesihatan (KK). Terdapat banyak yang berada dalam keadaan daif, tidak mencukupi untuk pada ibu mengandung dan bayi baru lahir.

“Kita tak minta perabot ekslusif, sudah memadai yang tidak berkarat dan stabil untuk digunakan,” kata ciapan tersebut yang kini telah mendapat lebih daripada 5,000 ulang ciap.

Menerusi ciapan tersebut juga, pengguna itu turut menyeru agar perkara itu diberi perhatian oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna platform media sosial yang menggesa agar tindakan segera diambil sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

“Tindakan segera perlu dilakukan. Institusi kesihatan awam mempunyai peranan memberi perkhidmatan kesihatan awam yang baik kepada rakyat tetapi keadaan sebegini tidak selesa untuk rakyat,” tulis @FarhanahMel.

“Sekurangnya kerusi besi tu boleh tukar yang berlapik sikit. Tidaklah sakit dan keletihan ibu mengandung yang menunggu lama di situ,” ujar @afeeliafarhaniz.

“Kerusi di KK Hutan Melintang sudah hitam berdebu dan kerusinya berkulat. Nak duduk pun geli memandangkan saya membawa bayi,” kata @ultranatasja lagi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI