fbpx

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang terbabas ke dalam parit di Jalan Alor Redis, malam semalam.

ARAU – Seorang pemuda maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas ke dalam parit di tepi sawah Jalan Alor Redis, Jejawi dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Muhamad Shakir Abdul Jabar, 29, yang menaiki motosikal jenis Kawasaki Z800 datang dari arah Tambun Tulang dan menuju ke Jejawi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof memberitahu, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terbabas sendiri sebelum motosikal terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut.

“Mangsa dari Kampung Tok Pulau, Simpang Empat dekat sini maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI