fbpx

Penemuan oksigen berita baik buat hidup manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMUAN oksigen di permukaan bulan dikatakan berita baik untuk kelangsungan hidup manusia. – GAMBAR HIASAN

SATU kajian yang dilakukan oleh Agensi Angkasa Australia dengan kerjasama Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengesan kehadiran sejumlah besar oksigen di bulan.

Berdasarkan kuantiti, oksigen yang ditemui itu mencukupi untuk kelangsungan hidup berbilion manusia selama 100,000 tahun.

Bagaimanapun, oksigen yang terdapat di bulan belum lagi dalam bentuk gas atau sebatian untuk digunakan manusia seperti yang ada di Bumi.

Oksigen di situ masih terperangkap dalam regolit bulan.

Satu meter padu regolit bulan mengandungi 1.4 tan mineral termasuk 630 kilogram (kg) oksigen.

Manusia memerlukan kira-kira 800 gram oksigen setiap hari.

Dengan 630 kg oksigen adalah mencukupi untuk keperluan pernafasan manusia selama dua tahun.

Lapisan regolit di seluruh permukaan bulan dikatakan mencukupi untuk membekalkan kehidupan sekurang-kurangnya lapan bilion manusia dalam tempoh 100,000 tahun.

Regolit itu sendiri adalah lapisan bahan di sekeliling bulan yang asli dan belum disentuh.
Berdasarkan pengiraan, regolit mengandungi 45 peratus oksigen di dalamnya.

Bagaimanapun, oksigen terikat rapat ke dalam mineral seperti hidrogen, neon dan argon.

Ia memerlukan tenaga dan teknologi canggih untuk memisahkan oksigen dan membentangkannya sebagai gas untuk digunakan seperti yang terdapat di bumi pada hari ini.

Untuk mengekstrak oksigen daripada regolit masih jauh dari realiti.

Ia memerlukan banyak kajian bagi menjawab persoalan sama ada manusia boleh hidup di bulan atau tidak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI