fbpx

Pekerja pembinaan maut dihempap lori pasir terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mangsa yang dihempap sebuah lori muatan pasir di Kapar.

KLANG – Seorang pekerja pembinaan jalan raya maut apabila dihempap sebuah lori muatan pasir yang terbalik di Jalan Kiyai Sujak, Taman Sri Wangi, Kapar di sini petang tadi.

Mangsa yang belum diketahui identiti berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.24 petang dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Laporan awal diterima melibatkan kemalangan sebuah lori muatan pasir telah terbalik dan menghempap seorang pekerja pembinaan jalan raya.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI