PELAKON Moniq Crasivaya yang akan menamatkan zaman bujang bersama kekasih yang juga aktor, Arnold Leonard berjanji untuk mengubah penampilannya supaya tidak lagi kelihatan terlalu seksi.
Ujar Moniq, selepas merancang mendirikan rumah tangga, pelakon yang pernah membintangi sinetron Manusia Harimau itu diminta oleh bakal suaminya supaya tidak lagi berpenampilan terlalu seksi.
“Sebelum berkahwin, saya bebas memakai apa sahaja kerana tiada siapa yang melarang. Tapi jika selepas berkahwin nanti, saya harus menjaga penampilan terutama bab berpakaian.
“Bakal suami juga meminta saya tidak terlalu seksi selepas berkahwin nanti,” katanya.
Bukan sahaja penampilan, bahkan Moniq juga akan menolak tawaran berlakon yang memerlukan dia melakukan adegan keterlaluan termasuk berciuman.
“Sebenarnya adegan berciuman memang saya tolak dari dulu lagi. Keluarga juga tidak mengizinkan saya untuk melakukan adegan sebegitu,” katanya.