fbpx

Meraung sekali pun arwah sudah tiada – ibu Kapten Mohamad Affendy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZILAH Daud ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di Rompin hari ini. - Foto oleh SHAIKH AHMAD RAZIF

ROMPIN – Ibu kepada Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi terpaksa mengambil masa untuk menenangkan diri dan menerima takdir dan ketentuan ilahi itu.

Razilah Daud,52, berkata, walaupun sebak menerima perkhabaran itu dan kesedihan masih terasa dia dan suami Bustamy Tuakal, 70, reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik yang menjadi harapan keluarga.

“Pada awal pagi tadi memang mak cik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga tetapi pak cik (Bustamy) meminta mak cik menenangkan diri dengan membaca yasin kepada arwah.

“Jika mak cik meraung sekali pun arwah sudah tiada dan tidak akan kembali kepada kami, jadi kami reda dengan ketentuan ilahi menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana di sini hari ini.

Dalam kejadian di pangkalan TUDM Butterworth pada pukul 10.07 malam semalam, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.

Anggota terbabit ialah Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, yang kini menerima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI