fbpx

Lelaki kini habis banyak masa dengan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN antara bapa dan anak kini menjadi lebih rapat.– GAMBAR HIASAN

BAPA yang menghabiskan lebih banyak masa dengan anak mereka mempunyai struktur otak yang berbeza dengan mereka yang kurang berbuat demikian.

Satu kajian yang dijalankan penyelidik daripada Universiti Essex, United Kingdom mendapati lelaki yang ingin terlibat secara aktif dalam penjagaan dan menikmati masa bersama anak-anak mempunyai hipotalamus lebih besar.

Hipotalamus adalah kawasan otak sebesar badam yang terletak di pangkal otak, berhampiran kelenjar pituitari yang diketahui memainkan peranan penting membentuk ikatan keibubapaan bersama anak-anak.

Dalam penyelidikan itu, pasukan penyelidik telah mengimbas otak 50 orang bapa.

Selain itu, peserta juga mengisi soal selidik tentang kepercayaan penjagaan dan berapa banyak mereka gembira menikmati masa bersama anak-anak.

Keputusan menunjukkan, lelaki yang mendapat markah lebih tinggi dalam kedua-dua soal selidik itu mempunyai jumlah hipotalamus yang lebih besar.

Dr. Pascal Vrticka yang mengetuai kajian itu berkata, dalam kebanyakan masyarakat, penglibatan bapa dalam keibubapaan telah meningkat secara mendadak.

“Lelaki juga ingin menghabiskan lebih banyak masa dan rapat dengan anak-anak. Mereka juga mahu menjadi bapa yang lebih yakin dan banyak melibatkan diri dengan anak-anak.

“Kami kini telah menunjukkan bahawa kepercayaan penjagaan ini boleh dikesan di dalam otak bapa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI