fbpx

Kedah antara empat negeri diramal alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi empat negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, penduduk di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah diingatkan untuk terus berwaspada dengan cuaca ini.

”Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Yan dan Kuala Muda.

”Di Pulau Pinang, kesemua kawasan diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung,” katanya.

Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI