fbpx

Kapten Mohamad Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Mohamad Affendi menerima anugerah itu susulan kejayaannya mendarat pesawat tanpa sebarang kemudaratan di Subang Jaya, Selangor minggu lalu.

PETALING JAYA- Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 merupakan penerima Anugerah Green Endorsement TUDM pada minggu lalu.

Anugerah itu dikurniakan kepada Allahyarham berikutan kejayaannya membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa sebarang kemudaratan.

Berdasarkan laporan di portal rasmi TUDM, Kapten Mohamad Affendi menerima pengiktirafan itu menerusi anugerah inovasi TUDM dan disampaikan pada minggu lalu.

Pengiktirafan itu disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Subang Jaya, Selangor.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 TUDM terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam semalam.

Dalam nahas itu, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI