fbpx

JIM buru wanita warga China bagi tujuan perbicaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FangFang

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon orang ramai untuk memberikan maklumat berhubung seorang wanita warganegara China bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pati Semenyih.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Wei FangFang, 38, dikehendaki JIM berhubung satu kes pendakwaan di bawah Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM menerusi kenyataan akhbar berkata, wanita berkenaan dengan nombor pasport EF5215695 dikesan beralamat terakhir di Meng Market Sdn. Bhd. D-G-2A, Fortune Avenue (BLK D), Jalan Metro Perdana 3, Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, JIM Putrajaya.

“Mohd. Azamuddin boleh dihubungi di talian 03-88801338 atau 03-8880 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-8880 1555 selepas waktu pejabat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI