fbpx

Gerrard tak kesal pilih Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD tidak menganggap keputusannya memilih Villa disebabkan kesilapan kerana beliau adalah individu yang gemarkan cabaran dan risiko. – AFP

LONDON – Pengurus baharu Aston Villa, Steven Gerrard sudah bersedia untuk meraih cabaran di Villa Park selepas membuat keputusan meninggalkan Rangers.

Biarpun menerima pelbagai reaksi mengenai keputusannya meninggalkan kelab hebat se­perti Rangers untuk me­nyertai Villa yang bergelut dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun Gerrard mengakui segala risiko berkenaan sudah dipertimbangkan.

“Saya gemarkan cabaran dan suka untuk mengambil risiko. Ia adalah perkara yang tidak akan menghalang saya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Villa sangat sesuai kerana mereka mempunyai peminat yang cukup teguh memberikan sokongan. Saya tahu mengenai keinginan dan tekanan untuk mencapai kejayaan.

“Ia adalah perkara biasa yang telah saya lalui sejak berusia 17 atau 18 tahun. Ia adalah me­ngenai bagaimana untuk menya­tukan semua pihak dan saya berharap mampu untuk melakukannya,” katanya.

Tugas Gerrard bersama Villa tidak mudah apabila pasukan itu hanya meraih 10 mata dalam 11 perlawanan tetapi beliau percaya mampu untuk mengubah prestasi Villa.

“Villa adalah sebuah pasukan ikonik dan saya mahu me­ngenali kelab ini dengan lebih mendalam.

“Saya memasang cita-cita besar dan berharap diberikan masa untuk mengubah nasib kelab ini,” jelasnya.

Tugas pertama Gerrard di Villa adalah berdepan Brighton pada Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI