fbpx

Federer lupakan aksi Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDERER masih belum pulih selepas menjalani pembedahan lutut kali kedua menyebabkan dia mungkin terlepas aksi Terbuka Australia. – AFP

LONDON – Bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer berkemungkinan terpaksa melupakan kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Australia pada Januari depan kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan serius yang dialami pertengahan tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh jurulatih peribadinya, Ivan Ljubicic yang mahu juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu berehat sepenuhnya sebelum memikirkan mengenai peluang untuk kembali ke gelanggang kompetitif.

Kata Ljubicic, saingan Terbuka Australia masih terlalu awal buat Federer membuat kemun­culan semula memandangkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan lutut buat kali kedua pada Julai lepas.

“Sukar untuk saya katakan sama ada Federer akan bersaing pada Terbuka Australia, Januari depan atau sebaliknya memandangkan dia belum lagi dapat turun ke gelanggang menjalani latihan ekoran masih dalam fasa pemulihan,” kata­nya.

Mengulas lanjut, Ljubicic turut memberi jaminan bahawa pemain berusia 40 tahun itu tidak akan ‘gantung raket’ dalam masa terdekat kerana jiwa serta semangatnya untuk bermain secara profesional masih lagi tebal.

“Federer tidak akan meng­umumkan persaraan dalam masa terdekat dan peminatnya tidak perlu risau. Cuma, buat masa ini perancangan kami adalah berwaspada kerana tidak mahu kecederaan yang sama berulang jika dia beraksi terlalu awal.

“Justeru, kami mahu memastikan semua berada tahap seratus peratus sebelum membuat keputusan untuk kembali ber­aksi. Mengenai persaraan, situa­si itu terletak sepenuhnya di tangan Federer dan kami tidak menghalang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN