fbpx

DBKL keluar 16 notis kompaun melalui Ops Belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL bersama agensi-agensi sahabat memeriksa kenderaan berat dalam Ops Belang di sekitar Jalan Kuching dan Jalan Klang Lama semalam.

Oleh NOR AZIAH MAT NOH

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 16 notis kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Belang yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Kuching dan Jalan Genting Klang, di sini semalam.

DBKL melalui satu hantaran Facebook berkata sebanyak 94 kenderaan telah diperiksa dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi tersebut merupakan gabungan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi sahabat melibatkan kenderaan persendirian atau perdagangan yang melakukan kesalahan am trafik, halangan lalu lintas, tahap kebersihan kenderaan dan permit kebenaran mengangkut bahan di sekitar Kuala Lumpur.

“Antara agensi sahabat DBKL yang turut sama terlibat dalam Ops Belang itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Sementara itu, DBKL menjelaskan PDRM dan JAS turut mengeluarkan sebanyak 40 notis kompaun atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan peruntukan undang-undang dikuatkuasakan DBKL dan agensi terlibat.

“Warga kota diminta untuk terus bekerjasama dengan menyalurkan sebarang aduan kepada pihak DBKL secara online melalui https://adukl.dbkl.gov.my,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI