WASHINGTON – Sebuah asteroid bersaiz lebih besar daripada London Eye diramal menghentam orbit Bumi pada hujung minggu ini, lapor akhbar Daily Star hari ini.
Asteroid dinamakan sebagai 2016 JG12 itu mula dikesan pada 3 Mei 2016. Ia kini berada pada jarak hanya 5.98 juta kilometer dari Bumi dan berdiameter kira-kira 190 meter.
Meskipun asteroid tersebut akan mengambil masa sedikit lama untuk tiba di orbit Bumi, ahli-ahli astronomi akan memantau rapat pergerakannya kerana jaraknya dianggap tidak begitu jauh.
Sekiranya pergerakannya kekal berada pada trajektori yang sama dan sekadar melintasi Bumi berbanding menghentam planet ini, asteroid tersebut boleh dilihat sekitar pukul 12.23 tengah malam (waktu tempatan), Sabtu ini.
Saintis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti lokasi ia boleh dilihat. – Agensi