PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan melanda empat negeri pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan di seluruh negeri Perlis selain beberapa daerah di negeri Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Di Kedah, kawasan yang dijangka akan mengalami ribut petir berserta hujan lebat ialah di Langkawi. Manakala di Selangor, kawasan yang terlibat ialah di Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan pula kawasan yang dijangka mengalami ribut petir berserta hujan lebat ialah Port Dickson,” katanya di sini tadi.
Katanya, cuaca tersebut diramal akan berlaku sehingga pukul 8 pagi ini. -K! ONLINE