fbpx

75 bubu naga dirampas APMM Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARITIM Malaysia merampas 75 set bubu naga di perairan dekat Sungai Kerian, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) merampas 75 set bubu naga di tujuh lokasi berasingan di sekitar 3.7 hingga 4.7 Batu nautika Barat laut Sungai Kerian dekat sini semalam.

Rampasan dilakukan semasa pasukan operasi menjalankan rondaan Ops Pertiwi di perairan negeri ini kira-kira pukul 3.40 hingga 6 petang.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, operasi tersebut dilaksanakan hasil aduan awam serta pemantauan khusus di lokasi terlibat.

Menurutnya, hasil pemerhatian telah menemui 75 set bubu naga yang dipasang di perairan di situ dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM9,000.

“Kesemua hasil rampasan itu kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan denda yang dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Menurutnya, orang ramai diminta menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 sekiranya mempunyai sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI