fbpx

Zii Jia tarik diri Indonesia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA gagal meneruskan aksi pada pusingan pertama ketika menentang Gemke ekoran berdepan masalah kecederaan sebentar tadi.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia terpaksa melupakan kejohanan badminton Indonesia Masters di Bali lebih awal apabila menarik diri ketika beraksi pada pusingan pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali itu, Zii Jia terpaksa menarik diri pada set pertama ketika ketinggalan 9-11 kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke.

Difahamkan, pemenang kejohanan badminton Seluruh England (All England) 2021 itu mengalami kecederaan, sekali gus menghadiahkan kemenangan percuma kepada pemain No.13 dunia tersebut.

Justeru, pemain bimbingan Hendrawan itu memiliki tempoh lebih kurang seminggu bagi menjalani proses pemulihan serta melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Indonesia 23 hingga 28 November ini.

Pada kejohanan Terbuka Hylo di Jerman minggu sebelum ini, Zii Jia juga terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir kerana mengalami kecederaan belakang ketika menentang pemain Singapura, Loh Kean Yew.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI