fbpx

Tandas sekolah tanpa pintu di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengetua sekolah di Texas berharap tindakan itu dapat menghentikan penggunaan dadah dalam kalangan pelajarnya. - Getty Images/Mint Images RF

AUSTIN, TEXAS – Pengetua sebuah sekolah menengah di Texas memutuskan untuk mengalihkan pintu tandas bagi mengawal penyalahgunaan dadah dan kes salah laku lain yang telah berlaku pada tahun ini, lapor akhbar New York Post semalam.

Christina Steele Hantgin yang merupakan  pengetua Kolej Awal Sekolah Tinggi Travis, bertindak menghantar surat kepada ibu bapa bagi menjelaskan keputusannya, demikian menurut saluran berita CBS Austin.

Beliau berkata, banyak  kejadian salah laku yang berlaku di dalam tandas  sekolah tinggi terbabit dengan kira-kira 90 peratus daripadanya melibatkan kesalahan dadah. 

Menurutnya, tidak ada kes serupa  berlaku sejak tindakan merobohkan pintu tandas dilakukan. Semua tandas itu tidak dapat  dilihat dari luar.

‘’Keutamaan nombor satu saya adalah keselamatan,” katanya dalam surat itu. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI