fbpx

RichWorks diiktiraf dalam membantu wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tiga dari kanan, belakang) bersama sebahagian daripada usahawan jutawan yang akan terlibat dalam program Wanita Bangkit Berniaga nanti.

PETALING JAYA – RichWorks International Sdn. Bhd. dipilih sebagai salah satu rakan kerjasama dalam Program Wanita Bangkit Berniaga anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha membantu golongan wanita tempatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, kolaborasi strategik tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kos kepada kementerian.

“Sehingga kini, sebanyak 19,473 peserta telah mendaftar untuk mengikuti program tersebut dan RichWorks turut menawarkan latihan serta bimbingan motivasi secara percuma kepada golongan wanita yang berminat pada 26-28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hanah Yeoh (Segambut-PH) yang ingin tahu mengenai jumlah perbelanjaan untuk Program Wanita Bangkit Berniaga di Dewan Rakyat.

Sementara itu, bagi golongan wanita yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh layari www.wanitabangkitberniaga.com. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI