IPOH – Perintah reman ke atas seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh ibu saudara di Kampung Cina, Menglembu Selasa lalu disambung tujuh hari lagi.
Lelaki berusia 40 tahun itu disambung reman sehingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus mengeluarkan perintah tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan mati dengan kesan kelar dan tikaman pada leher.
Mangsa dikenali Aw Foong Meng ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tepi katil dalam bilik di rumahnya.
Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan kelar dan tikaman pada leher dengan senjata berupa pisau masih tertusuk di belakang leher wanita itu.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga anak saudara mangsa dan tinggal bersamanya ditahan untuk siasatan – K! ONLINE