TIADA angin dan ribut, aktres popular Song Ji-hyo mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar terbaharu dalam Instagram memaparkan gaya rambut terkininya.
Dalam dua perkongsian berbeza, pelakon itu memuat naik gambar menunjukkan gaya baharu rambutnya yang dipotong pendek paras telinga.
Bintang program Running Man itu menulis kapsyen pada hantaran pertama dengan memaklumkan peminat bahawa itu adalah gaya rambut terkininya.
Sementara dalam hantaran kedua, Ji-hyon secara berseloroh menulis kapsyen berbunyi: “Ini… hehehe nampak sangat elok, hehehe.”
Perkongsian pelakon itu turut menuai perhatian anggota Running Man, HaHa yang nyata terkejut melihat imej baharunya.
Bagaimanapun, peminat tetap memuji Ji-hyo kelihatan sangat cantik dengan gaya rambut sebegitu meskipun selama ini dia memiliki rambut panjang yang sangat cantik.
Ada peminat beranggapan gaya sebegitu petanda dia akan muncul dengan nakshah baharu tidak lama lagi.
“Dia boleh menggayakan apa sahaja jenis potongan rambut. Ji-hyo memang cantik!” kata seorang peminat.