fbpx

PRN Melaka: Anggota polis tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) wanita, (dari kiri) Fauziah Roowah, Zaida Hartini Abdul Rashid dan Maliessa Jaafar menunjukkan jari yang dikenakan dakwat kekal selepas selesai mengundi pada Hari Mengundi Awal bagi anggota polis dan tentera sempena Pilihan Raya Negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

MELAKA – Seramai 739 pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab di Pusat Pengundian Awal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini sejak pukul 8 pagi tadi.

Sebanyak dua saluran mengundi dan khemah tempat khas khusus bagi mereka yang mempunyai gejala Covid-19 disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sesi pengundian dilakukan pada empat slot waktu kehadiran ditetapkan iaitu pada pukul 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang.

Hadir meninjau pusat pengundian di IPK Melaka ialah Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali.

Semalam SPR memaklumkan seramai 11,557 pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka layak membuang undi di 24 Pusat Mengundi Awal PRN Melaka hari ini.

Jumlah pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI