fbpx

Polis Kelantan tawar diskaun 50 peratus bayaran saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pesalah saman trafik bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bayaran diskaun saman itu dijalankan selama dua minggu yang bermula semalam sehingga 30 November ini.

Menurutnya, individu yang ingin membayar saman boleh berbuat demikian di semua Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negeri bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang kecuali Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

“Bagaimanapun tawaran diskaun tidak melibatkan kesalahan berstatus bicara mahkamah, kesalahan memotong barisan pada tahun ini, saman melibatkan lori, saman berstatus tiada kompaun dan menggunakan lorong kecemasan pada tahun ini.

“Selain itu, diskaun yang ditawarkan juga tidak melibatkan saman kesalahan di lampu isyarat, memotong garisan berkembar pada tahun ini dan pengubahsuaian ekzos,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shafien, diskaun saman yang ditetapkan juga tertakluk kepada terma dan syarat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI