fbpx

Penyimpan stok pil kuda, heroin dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis pil kuda dan heroin yang dirampas selepas polis menahan seorang lelaki di tempat letak kereta berhampiran perumahan Taman Rantau Mas, Rantau Panjang semalam. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang lelaki yang dipercayai berperanan sebagai penyimpan stok 8,000 biji pil kuda dan heroin seberat 67.5 gram dicekup dalam serbuan di tempat letak kereta berhampiran perumahan Taman Rantau Mas, Rantau Panjang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menjalankan serbuan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan melibatkan pengedaran dadah di kawasan itu.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota polis, suspek cuba melarikan diri sebelum mencampakkan bungkusan berwarna kuning di kawasan tempat letak kereta itu.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis. Pemeriksaan di dalam bungkusan itu telah menjumpai kesemua dadah bernilai RM110,000.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku dia berperanan sebagai penyimpan stok dadah-dadah tersebut kepada seorang lelaki yang merupakan dalang di sebalik kegiatan itu,” katanya dalam satu satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI