fbpx

Penyanyi rock kencing penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urista mengajak seorang penonton naik ke pentas dan mengarahkannya untuk berbaring sebelum membuang air kecil di atas wajah lelaki tersebut. - K Train 2787 Productions

DAYTONA, FLORIDA – Seorang penyanyi kumpulan rock di Amerika Syarikat dikecam hebat ekoran aksi melampaunya membuang air kecil pada  muka seorang penonton ketika mengadakan konsert, lapor akhbar New York Post semalam.

Sophia Urista yang merupakan vokalis kumpulan Brass Against sedang melakukan persembahan bersama kumpulannya di festival Welcome to Rockville sebelum tiba-tiba memberitahu penonton bahawa dia perlu membuang air kecil.

“Saya perlu membuang air kecil dan saya tidak akan sempat untuk pergi ke tandas. Jadi, kita mungkin akan melakukan ‘persembahan’ bagi aktiviti tersebut,” katanya kepada penonton.

Penyanyi rock berusia 36 tahun itu kemudiannya mengajak seorang penonton naik ke pentas dan mengarahkannya untuk berbaring. Dia kemudian melakukan aksi tidak sopan tersebut.

Sementara itu, jurucakap Polis Pantai Daytona, Messod Bendayan berkata, pihaknya sudah melihat aduan di laman Facebook mengenai insiden memalukan tersebut dan telah meminta pengadu untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, Urista boleh dipenjara  sehingga setahun atau membayar denda berjumlah AS$1,000 (RM4,163) jika didapati bersalah.

Video insiden tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa jijik melihatkan aksi wanita itu.

“Menjijikkan. Saya rasa kedua-duanya mempunyai masalah mental,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI