PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan 166,507 kematian pada 2020 dengan 109,155 (65.6 peratus) daripadanya adalah disebabkan oleh kematian yang disahkan secara perubatan.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, 57,352 (34.4 peratus) pula adalah kematian yang tidak disahkan secara perubatan.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penyakit jantung iskemik kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia iaitu 18,515 kematian (17 peratus) daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.
Menurutnya, ia menjadi sebab kematian utama di Malaysia lebih dua dekad lalu yang mana telah merekodkan peningkatan daripada 11.6 peratus pada 2000 kepada 17 peratus pada 2020.
“Sebanyak 12,707 (68.6 peratus) kematian disebabkan oleh penyakit jantung iskemik adalah dalam kalangan lelaki, manakala perempuan adalah 5,808 (31.4 peratus).
“Ischaemic heart diseases juga merupakan sebab kematian utama bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia yang mana etnik Bumiputera (16.6 peratus), Cina (16 peratus) dan India (22.8 peratus),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, penyakit jantung iskemik juga merupakan sebab kematian utama di 92 daerah pentadbiran dan peratusan tertinggi dicatatkan di daerah Kampar, Perak dengan 33.3 peratus.
Beliau berkata, di peringkat negara ASEAN, Penyakit jantung iskemik juga merupakan sebab kematian utama bagi Singapura, Thailand dan Filipina.
Katanya, trend yang sama juga turut dicatatkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom dan Australia. – K! ONLINE