fbpx

Penuhi 7 tonggak sebelum masuk fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sebanyak tujuh tonggak di bawah pendekatan menyeluruh menuju hidup bersama Covid-19 perlu dipenuhi sebagai persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara tonggak berkenaan termasuklah satu prosedur operasi standard (SOP) umum dan sembilan garis panduan.

“Seterusnya, Sistem Amaran dan Tindakan (HAS), National Testing Strategy selain TRIIS yang merupakan singkatan kepada konsep uji, lapor, asing, maklum dan cari (test, report, isolate, inform, seek).

“Automated Find, Test, Trace, Isolate, Support (FTTIS), pembukaan sempadan negara secara berperingkat dan mencari duta pemerkasaan komuniti juga merupakan antara tonggak digariskan,” katanya tadi.

Menurutnya, kebanyakan negeri sudah berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kita mesti bersedia untuk semua negeri beralih ke Fasa 4 dalam masa terdekat sekali gus membuka lebih banyak kelonggaran.

“Bagaimanapun, keutamaan kerajaan dalam memerangi Covid-19 tidak akan berganjak, iaitu untuk menyelamatkan nyawa, menurunkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), meluaskan pemberian vaksinasi melalui dos penggalak dan vaksinasi remaja.

“Ini amat penting memandangkan Covid-19 masih berada di sekeliling, kekal sebagai ancaman dan kita perlu belajar untuk hidup bersamanya,” jelasnya.

Katanya, beberapa hari lepas, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa R-naught (Rt) meningkat melebihi 1.0 dan puncanya kerana sebahagian masyarakat mula berasa terlalu selesa dengan kelonggaran diberikan.

“Situasi itu mesti ditangani bagi mengelak keadaan lebih buruk. Kita lalui perintah berkurung (full lockdown) sebelum ini dan negara tidak boleh melaluinya sekali lagi,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI