fbpx

Majlis hari jadi satukan dua rakan terpisah sejak 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi kedua-dua pemuda setelah bertemu kembali selepas berpisah lebih 25 tahun.

PETALING JAYA – Umpama program jejak kasih, begitulah kisah dua pemuda apabila berjaya ‘disatukan’ semula dalam sebuah majlis hari jadi.

Menariknya, kedua-dua mereka berlainan bangsa, namun keakraban mereka berkawan sejak dari umur 12 tahun telah membuatkan ikatan itu seperti adik-beradik.

Kisah penuh dramatik itu telah dikongsi di aplikasi Tiktok milik @norzanarahmad yang memaparkan kedua-dua mereka saling menangis selepas ditemukan semula setelah berpisah lebih 25 tahun.

Menerusi perkongsian itu juga, pemilik aplikasi tersebut memaklumkan bahawa suaminya telah berpisah dengan rakan berbangsa India itu sejak mereka berpindah rumah pada usia 12 tahun.

“Setelah 25 tahun akhirnya mereka bertemu kembali. Bertapa rindunya dia kepada kawannya, dulu suami tinggal di estet jadi dia ramai kawan India dan fasih berbahasa,” tulisnya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan hubungan kedua-dua mereka walaupun berlainan bangsa.

“Nilai satu persahabatan yang murni, lahir dari hati yang suci, terbaik sahabat selamanya,” tulis Amran Othman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abam Bob.

“Kalau semua masyarakat di negara ini bersahabat seperti ini, saya yakin negara kita akan harmoni selamanya,” ujarnya.

Pada masa sama, ada juga pengguna yang meluahkan rasa sedih apabila melihat reaksi kedua-dua mereka selepas berjaya ‘disatukan’ semula. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI