fbpx

KPPK rangka perancangan kukuhkan harga sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini merangka beberapa perancangan strategik bagi menghadapi ketidaktentuan harga kelapa sawit tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, rancangan tersebut merangkumi aspek untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama komoditi itu melalui platform antarabangsa.

“Kerjasama berkenaan penting bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi memperkukuh harga serta memantapkan lagi amalan persekitaran mampan, pengurusan bekalan, promosi dan pembangunan industri komoditi kelapa sawit dari sektor hiliran hingga ke huluan.

“Kita juga akan berusaha meningkatkan permintaan melalui pengukuhan pasaran sedia ada dan penerokaan pasaran baharu seperti ke negara Asia Barat dan Benua Amerika.

“Meningkatkan penggunaan dalam negara melalui pembangunan pelbagai produk baharu berasaskan kelapa sawit selain, meningkatkan akses pasaran melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau,” katanya pada sesi lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Che Alias Hamid (Kemaman- Pas) mengenai rancangan menghadapi ketidaktentuan harga komoditi kelapa sawit yang diramal pada tahun hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI