fbpx

Kerusi kedai dobi pun nak curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kedai dobi milik Nadia menunjukkan kerusi yang disediakan untuk kegunaan pelanggan di premisnya, hari ini. /FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Seorang pengusaha kedai dobi layan diri di Kampung Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu di sini semalam tidak menyangka dua daripada enam buah kerusi plastik yang disediakan untuk kegunaan pelanggannya hilang dikebas pencuri.

Nadia Badarul Hisham ,31, berkata, kejadian itu disedarinya selepas memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premisnya kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV, ia jelas menunjukkan terdapat individu yang mencuri dua buah kerusi plastik berwarna merah yang diletakkan di luar premisnya.

“Kedua-dua kerusi itu dianggarkan bernilai lebih RM200 dan ia diletakkan di premis tersebut untuk kegunaan pelanggan semasa membasuh pakaian di dobi.

“Menyedari kejadian itu, seorang pekerja saya telah datang ke premis dan mendapati dua kerusi yang diletakkan di luar premis sudah hilang,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Menurut Nadia, dia masih tidak percaya ada individu yang sanggup mencuri kerusi yang diletakkan di kedai dobinya kerana premis tersebut sudah dilengkapi dengan CCTV.

“Sebelum ini, ada individu di premis sebelah meminjam kerusi itu untuk duduk, namun mereka mengembalikan semula di tempat asal.

“Saya harap individu yang tidak bertanggungjawab mencuri dua buah kerusi itu agar memulangkannya semula sebelum laporan polis dibuat,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI