fbpx

KDA FC pincang tanpa tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG KDA FC, Kpah Sherman (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan JDT, Mauricio Dos Santos pada suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin.

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mengakui pasukannya berdepan kesukaran ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila beraksi tanpa tonggak utama.

Kedah terpaksa berpuas hati apabila sekadar seri tanpa ja­ringan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Menurut Aidil Sharin, meskipun bermain tanpa beberapa tonggak utama, namun pemainnya tidak gentar, sebaliknya bermain bermati-matian.

Helang Merah turun tanpa kelibat Rabih Ataya dan K. Anumanthan dalam aksi itu kerana mempunyai tugasan bersama negara masing-masing, manakala Tchetche Kipre pula terpaksa direhatkan disebabkan mengalami masalah kecederaan.

“Kita bermain tanpa tiga pemain import dan bukan mudah untuk menghadapi pasukan yang kuat seperti JDT.

“Semua itu bukan alasan untuk anak didik saya mengaku kalah yang mana mereka telah memberikan 100 peratus memastikan pintu gol Kedah sukar ditembusi pihak lawan,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Kata beliau, pemain-pemain muda juga mempamerkan aksi cemerlang sehingga mampu mencemaskan benteng pertahanan JDT.

“Saya berharap pemain Kedah dapat menunjukkan permainan seperti yang diharapkan dan dapat melakukan sesuatu pada perlawanan suku akhir kedua nanti di tempat lawan ,” katanya.

Pada masa sama, Aidil Sharin turut menaruh harapan tinggi agar barisan serangan KDA FC lebih mantap dengan kehadiran semula Kipre bergandingan dengan Kpah Sherman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI