fbpx

JDT akui sukar robek gawang Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA serangan JDT berdepan masalah ekoran disiplin tinggi dipamerkan benteng pertahanan KDA FC ketika mereka terikat tanpa jaringan di Stadium Darul Aman kelmarin.

Oleh MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

PERSEFAHAMAN yang baik di bahagian pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar mendapat pujian pengendali JDT, Benjamin Mora.

Menurut Mora, KDA FC bermula dengan baik dan tersusun sehingga menyukarkan anak-anak buahnya menembusi pertahanan tuan rumah.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kedua-dua pasukan gagal memperoleh jaringan.

“Dalam perlawanan itu, kami cuba mempelbagaikan corak serangan di bahagian sayap kiri dan kanan tetapi masih tidak dapat menembusinya.

“Pemain pertahanan Kedah bermain dengan baik sehingga beberapa serangan berjaya dipatahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tersebut.

Sehubungan itu, pihaknya terpaksa akur menerima keputusan seri tanpa jaringan tersebut menjelang suku akhir kedua pada Khamis depan.

Tambah Mora, pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak telah melakukan tugasnya dengan baik apabila berjaya menggerakkan pasukannya untuk menguasai padang dalam aksi itu.

“Walaupun hampa tetapi kele­bihan masih lagi berpihak kepada kami apabila beraksi di Stadium Sultan Ibrahim di hadapan penyokong sendiri,” jelas Mora.

Bukan itu sahaja, Mora turut memuji beberapa pemain muda KDA FC seperti Aiman Afif Afizul dan Asnan Ahmad yang menunjukkan kualiti permainan dengan mengatur serangan ke kubu pa­sukannya.

“Badrol Bakhtiar juga dilihat menggunakan pengalamannya bagi mengatur serangan selain memberi semangat kepada pemain muda sehingga banyak serangan kami dapat dipatahkan oleh mereka,” ujar Mora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI