fbpx

Harimau kumbang masuk perangkap di Kuala Berang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau kumbang yang ditangkap Perhilitan di Kampung Kemat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Seekor harimau kumbang jantan yang berkeliaran berjaya ditangkap di Kampung Kemat, Kuala Berang di sini pada awal bulan ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, haiwan liar tersebut memasuki perangkap pada pukul 3 petang, 1 November lalu.

Beliau berkata, sebelum itu, perangkap itu dipasang selepas mendapat aduan penduduk tentang kelibat haiwan kumbang itu merayau di Kampung Kemat sejak akhir 30 September lalu.

“Haiwan liar yang hampir pupus tersebut akhirnya berjaya masuk perangkap setelah dua bulan dipasang Perhilitan.

“Sewaktu ditangkap, harimau kumbang tersebut dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, haiwan liar tersebut telah dilepaskan ke habitat asalnya di kawasan hutan berhampiran baru-baru ini.

Beliau berharap orang ramai yang terserempak dengan haiwan liar tidak menggangunya sebaliknya melaporkan segera kepada Perhilitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI