fbpx

Galak pelatih Kor Suksis jadikan polis sebagai kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa Khan (kiri) menyampaikan anugerah pelatih terbaik akademik kepada Suraya Natasha Hassan pada Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis USIM 2021 di Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menggalakkan para pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) bagi menjadikan bidang kepolisan sebagai kerjaya mereka selepas tamat pengajian.

Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, Datuk Dr. Mustafa Khan Abdul Samat berkata, pihak polis memerlukan mereka untuk menyertai pasukan keselamatan tersebut selepas mereka menjalani latihan lengkap semasa menjadi Kos Suksis.

“Polis memang memerlukan pelatih seperti mereka, ini kerana mereka telah menjalani latihan yang lengkap, kami amat mengalu-alukan penyertaan mereka bagi memartabatkan pusukan polis.

“Pelatih Kor Suksis yang berjaya ini bukan sahaja mempunyai disiplin yang tinggi malah telah menyertai pelbagai latihan kepolisan dan undang- undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2021 di Nilai di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 68 orang pelatih Kor Suksis USIM berjaya menamatkan latihan dan telah ditauliah hari ini.

Seramai 13,845 pelatih Kor Suksis telah ditauliahkan setakat ini di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI