fbpx

DBKL buru penyewa PPR degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Perumahan Rakyat (PPR). -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan akan menjalankan penguatkuasaan secara bersasar bagi mengesan penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak layak menyewa di perumahan terbabit.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan unit terbabit dikosongkan bagi membolehkan penyewa baharu masuk.

“Setakat September 2021, sebanyak 1,654 permohonan telah diluluskan dengan 686 pemohon telah ditawarkan unit rumah manakala 968 yang lain masih menunggu tawaran unit kosong.

“Kita akan buat penguatkuasaan secara berkala, tidak ada kompromi. Bila kita dapati ada sublet, kita akan terus rampas unit. Kalau kita dapati tidak tinggal di sana, kita akan rampas,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (Kepong- PH) dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Parlimen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI