fbpx

Cuaca cerah hampir kesemua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak diramal cuaca cerah pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebooknya memaklumkan, keadaan cuaca baik ini akan dijangka berlaku sehingga petang nanti nanti.

Sementara itu, beberapa kawasan di Timur Sabah diberi amaran ribut petir yang berterusan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Ia melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas).

“Selain itu, ribut petir mula memasuki kawasan persisir pantai Negeri Sembilan, Melaka dan Timur Johor yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga dua jam akan datang,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI