fbpx

Ari Lasso sudah botak kerana kemoterapi kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada awal September lalu Ari Lasso mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua.

JAKARTA – Penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso mula mengalami keguguran rambut sehingga botak selepas menjalani rawatan kemoterapi ketiga bagi merawat penyakit kanser limfoma tahap dua yang dihidapinya.

Pendedahan tersebut dibuat Ari, 48, menerusi satu hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi.

Dalam hantaran yang sama, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 itu dilihat memakai pakaian hospital dan topi beanie untuk menutup kepalanya.

“Memberanikan diri posting. Sudah kemoterapi yang ketiga sudah separuh jalan, boleh terus jalani kerana penyertaan Tuhan, doa dan sokongan kalian semua.

“Ya, saya sudah gundul (botak) seperti Ahmad Dhani, Deddy Corbuzier dan Anji Manji, tetapi saya yakin masih boleh tumbuh (rambut) dan lebat semula.

“Terima kasih doanya teman-teman. Sayang anda semua hanya Tuhan akan membalas,” tulisnya.

Terdahulu pada awal September lalu Ari Lasso mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua.

Kanser limfoma yang dihidapnya adalah jenis Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) dan kanser tersebut dikesan selepas dia mendapatkan rawatan di hospital kerana sakit perut melampau.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Malaikat Itu Nyata mendedahkan, keluarga sebelah ibunya sememangnya memiliki genetik penyakit kanser.

Malah, dua orang kakaknya merupakan bekas pesakit kanser payudara tahap tiga dan empat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI