IPOH – Bakal jemaah umrah dan haji kini diwajibkan menggunakan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi memudahkan urusan ibadah di semua lokasi Tanah Suci.
Kedua-dua aplikasi tersebut telah digunakan lebih 23 juta penduduk Arab Saudi sejak September lalu.
Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohamad Ali Sabri berkata, aplikasi mesra pengguna itu sangat memudahkan urusan para jemaah.
“Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play atau App Store dengan mudah sebaik sahaja jemaah sampai ke Tanah Suci.
“Semua jemaah mesti menggunakan telefon pintar dengan sim kad baharu untuk data internet yang boleh diperlolehi di pintu masuk lapangan terbang,” ujarnya kepada Kosmo!
Dua aplikasi ini mempunyai peranan bagi memudahkan urusan seperti pendaftaran hotel, memasuki dan permis perniagaan.
Aplikasi Tawakkalna ini khas digunakan sewaktu pendaftaran masuk hotel dan permis-permis perniagaan.
Sementara aplikasi Eatmarna digunakan untuk pendaftaran jemaah mamasuki Majidil Haram, Masjid Nabawi dan pendaftaran masuk ke Raudah.
Aplikasi Tawakkalna yang disetujui Kementerian Kesihatan Kerajaan Saudi untuk membatasi penularan Covid-19.
Ia dibangunkan melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Saudi Data and Artificial Intelligence Authority (SDAIA).
Menurut Mohamad Ali, jemaah yang bakal mengikuti pakej umrah di bawah agensi Puhaz akan diberi tunjuk ajar bagi memudahkan pendaftaran kepada jemaah. – K! ONLINE