fbpx

Taman Tema Sunway Lagoon tidak langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon pada 6 November lalu.

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan jumlah 1,900 orang (pengunjung) yang berada di dalam taman air berombak, Sunway Lagoon pada 6 November lalu masih berada di bawah jumlah yang dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihak polis mendapati jumlah tersebut masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Siasatan kita mendapati taman air berombak di taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa, tetapi mengikut SOP MKN Fasa 4 PPN hanya 5,000 orang dibenarkan dalam satu-satu masa.

“Menerusi video tular pada 6 November lalu, terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP,” ujarnya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Menurutnya, pihak polis turut menasihati pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon agar membenarkan hanya 1,000 orang pengunjung berada dalam taman air berombak itu pada satu-satu masa.

“Kita telah membuat perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema itu dan mereka juga telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Pihak pengurusan juga memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuai bagi memastikan ianya dilaksanakan termasuk memastikan semua pengunjung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu, polis menyiasat video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook @Rizal Hakimm Punyer berdurasi 13 saat berkaitan pelanggaran SOP di taman tema tersebut.

Dalam kejadian 6 November lalu itu mendapati, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI