Lee Min-ho, duta produk Korea Ginseng Corporation (KGC)
SETIAP individu tidak kira wanita mahupun lelaki pasti mengimpikan tubuh badan sihat dan kulit berseri.
Jika dilihat pada hari ini, kebanyakan orang Korea memiliki kulit putih, bersih serta badan yang sihat hingga membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai rahsia mereka.
Selain mengamalkan petua kecantikan, pemakanan juga antara kunci utama orang Korea kekal cergas dan sihat walaupun pada usia tua.
Buktinya, kebanyakan menu masakan Korea bercirikan rebusan, kukus dan panggang lengkap dengan sayur-sayuran hijau selain pengambilan ginseng sebagai minuman tambahan.
Maka, tidak hairanlah jika selebriti Korea tampak muda seperti pelakon kegemaran ramai, Lee Min Ho yang sentiasa kekal aktif dan sihat pada setiap masa.
Manfaat CheongKwanJang (CKJ) Ginseng Merah
Semua sedia maklum, ginseng sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat dalan penyembuhan masalah kesihatan dan telah digunakan masyarakat Cina sejak berabad lamanya.
Penggunaan ginseng sebagai makanan tambahan bukanlah sesuatu yang asing dan ia juga digunakan sebagai tonik dan ubat-ubatan.
Malah, pengambilan ginseng secara konsisten dipercayai dapat membantu kecergasan dalaman dan luaran selain membantu meningkatkan sistem imun.
Antara khasiat lain ginseng merah adalah dapat melancarkan peredaran darah sekali gus mengawal gejala menopause.
Di samping itu, ginseng merah bagus diamalkan oleh individu yang sibuk bekerja dan pelajar kerana ianya mampu mengembalikan tenaga serta menyokong fungsi memori otak.
Percaya dengan manfaat ginseng, Cheong Kwan Jang, jenama terunggul produk ginseng merah dari Korea Selatan menghasilkan dua produk minuman iaitu HongSamWon dan Everytime.
Menampilkan Lee Min Ho sebagai duta Korea Ginseng Corporation (KGC), jenama ini bukan sahaja terkenal di Korea malah di seluruh dunia. Hebat bukan?
Antara faktor produk Cheong KwanJang mendapat keyakinan seluruh dunia kerana kualitinya yang hanya menggunakan ginseng merah premium serta menjalani proses pembuatan yang cukup teliti.
Jenama nombor satu minuman ginseng yang diyakini halal
Selain itu, produk Cheong KwanJang juga mempunyai pensijilan HALAL oleh Korea Muslim Federation Halal Committee.
Lebih menarik, selama 120 tahun sehingga kini, jenama nombor satu produk minuman ginseng dari Korea Selatan ini masih menggunakan ginseng berusia enam tahun dari Korea Selatan dalam penghasilan produknya.
Menurut pakar, akar ginseng berusia enam tahun disahkan mempunyai nutrisi yang paling banyak.
Maka, tidak hairanlah jika minuman Hong Sam Won mencatat rekod jualan sebanyak AS$139 juta sejak tahun 2013 hingga 2019 dan telah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa.
Secara tradisinya, ginseng merah jenama CKJ bukan sahaja mampu merawat masalah kesihatan, malah dapat mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan individu.
Bagi anda yang berminat untuk membeli Everytime V atau Hong Sam Won dijual di kedai-kedai rasmi terpilih termasuk K Market, Hai-O, Isetan, Taimal Herbs & Medicine, Village Grocer, CU, Herbal Farmer dan lain-lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk CheongKwanJang (CKJ) Ginseng merah, ikuti perkembangan mereka menerusi akaun Facebook dan Instagram.