fbpx

Seronoknya bukan kepalang dapat kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Pembukaan kembali sekolah di Lembah Klang pada 4 Oktober lalu memberi pelbagai perasaan kepada ibu bapa.

Dekat-dekat hujung tahun biasanya anak-anak sudah menghabiskan sisa-sisa mata pelajaran tetapi kali ini seperti awal tahun pula.

Menguruskan tempat transit anak-anak, van sekolah dan yang paling penting pakaian anak-anak.

Baju anak-anak yang sempat dipakai hanya dua bulan sebelum Lockdown 2.0 sudah ketat dan sendat.

Agak membazir pula rasanya wang telah dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah pada awal Mac lalu hanya sempat dipakai dua bulan.

Kali ini terpaksa membeli lagi, walaupun ada kelonggaran oleh Kementerian Pendidikan untuk memakai baju biasa atau baju pendidikan jasmani.

Penulis menjual seragam sekolah yang baru dipakai dua bulan itu di dalam platform jualan terpakai dan ia menjadi rebutan ramai pembeli. Terima kasih pembeli.

Bagi anak-anak pula, kembali ke sekolah adalah satu yang menggembirakan kerana sebelum ini dapat berjumpa kawan-kawan selama enam bulan dalam aplikasi Google Meet sahaja.

Sampaikan bangun pagi tidak perlu dikejut, semua bangun sendiri.

Tiada lagi hingar-bingar tangisan tidak mahu ke sekolah, semua seronok bukan kepalang ke sekolah selepas lama belajar dalam talian.

Ke sekolah bergilir-gilir dalam kumpulan A dan B pada awalnya memeningkan kepala guru-guru, ibu bapa masing-masing berebut kumpulan mengikut kesesuaian mereka.

Itu sekolah kebangsaan belum campur lagi sekolah agama, terima kasih guru-guru melayan ibu bapa ini.

Itulah norma baharu guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang membiasakan diri dengan kelas penggiliran.

Perancangan rapi di atur oleh pihak sekolah agar prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sekolah dipatuhi, ‘tabik spring’ kepada guru-guru yang mengatur serba-serbi ketika menghantar dan mengambil anak di sekolah.

Semua diatur dengan teliti sehingga ada sekolah yang menyediakan video SOP agar ibu bapa lebih faham.

Sungguhpun begitu, dalam kegembiraan ke sekolah buat anak-anak, kegembiraan itu hanya sekejap di nikmati oleh adik Nur Alisha Safiya,7.

Nur Alisha digilis van sekolahnya sendiri ketika dihantar ke rumah transit, syurga buat mu adik, semoga keluarga arwah tabah dan reda dengan kehilangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI