fbpx

PTPTN berjaya kutip RM15.5 bilion sehingga 30 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan kutipan bayaran balik pinjaman berjumlah RM15.5 bilion sehingga 30 September lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bagaimanapun jumlah tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan bayaran yang sepatutnya diterima PTPTN iaitu berjumlah RM24.6 bilion berikutan seramai 2.4 juta pemimjamnya telah menamatkan pengajian masing-masing.

Beliau berkata, sehingga kini, 77.75 peratus peminjam telah mula membayar balik pinjaman masing-masing dan hampir 800,000 peminjam telah menyelesaikan pinjaman.

“Kira-kira 400,000 sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual pembayaran tersebut, manakala seramai 700,000 lagi membuat bayaran balik tetapi tidak konsisten.

“Secara keseluruhan, RM15.5 bilion telah berjaya dikutip oleh PTPTN setakat ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti), berhubung status pembayaran terkini jumlah tunggakan peminjam PTPTN.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI