fbpx

PRN Melaka: 11,557 pengundi undi awal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 11,557 orang pengundi akan mengundi awal esok di 31 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (PRN DUN) Melaka ke-15.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, bagi tujuan itu, Pusat Pengundian Awal akan dibuka mulai pukul 8 pagi.

“Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan,” katanya hari ini.

Menurut Ikmalrudin, proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.

Katanya, di samping itu, pihaknya juga akan menyiarkan proses pengundian berkenaan secara ‘live streaming’ menerusi Facebook SPR.

“Kesemua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis. Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 20 November 2021 bermula pukul 4 petang.

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI