PETALING JAYA – Seorang petugas kesihatan berkongsi detik menyeramkan ketika waktu bertugas lewat malam selepas mendapat panggilan dari ‘call centre’ (pusat panggilan) mengenai satu jenazah yang perlu disahkan kematian.
Menerusi perkongsian video oleh @Mtbgaaa baru-baru ini di laman sosial Twitter, dia memuat naik satu rakaman video memperlihatkan sosok hantu pocong berdiri di tengah jalan.
Berdasarkan video berdurasi 19 saat di Twitter, difahamkan kejadian berlaku pukul 2 pagi dan waktu itu pemandu van ambulans berkenaan bertindak untuk berhenti dan merakam kejadian tersebut.
“Ramai yang nak tahu cerita di sebalik penampakan ini, jadi saya mula bercerita sebelum itu saya nak bagitahu yang rakam ini bukan saya. Pemandu ambulans kami yang sempat rakam penampakan ini.
“Kejadian ini berlaku masa kawan saya ‘standby’ (bersedia) untuk bekerja malam, jadi kejadian ini sekitar 2 pagi masa itu dapat panggilan dari call centre ada satu jenazah yang perlu disahkan kematian tengah pagi,” tulis pengendali akaun Twitter menerusi ruangan kapsyen video hantaran tersebut baru-baru ini.
Susulan perkongsian video itu, rata-rata pengguna media sosial berasa seram dengan penampakan tersebut dan ada juga mempertikaikan tentang identiti sosok hantu itu.
“Bukan apa rata-rata video atau gambar yang konon ada makhluk halus itu semua tipu, hantu bukan macam ‘game’ (permainan video) yang ada ‘bug’ atau ‘glitch’,” kata @Syahrulnizm.
“Bagi pandangan saya yang mana kerja dekat hospital akan ada pengalaman macam ini, saya pernah kena dekat tempat kerja di hospital swasta. Saya pernah jumpa jururawat dekat tak ada kaki dan muka kosong pakai baju zaman British,” jelas @Buragas24028065.
“Tapi bila ‘part’ akhir itu nampak macam ada gerakan sikit seolah-olah dia pusing dan berjalan atau ini setakat hiburan semata-mata kalau iya pun kenapa tak ‘zoom’ rakaman ini,” ujar @AbdulRahmatSul1.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih lebih 60 ribu tontonan dan 2,421 tanda suka di akaun Twitter miliknya – K! ONLINE