fbpx

Perancis ‘kenduri’ gol di Parc des Princes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) meledak empat gol ketika Perancis membelasah Kazakhstan 8-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Perancis melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 dengan penuh bergaya apabila membelasah Kazakhstan 8-0 pada aksi kelayakan yang berlangsung di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe pa­ling mencuri tumpuan apabila meledak empat gol, diikuti Karim Benzema dengan dua gol sementara Adrien Rabiot dan Antoine Griezmann masing-masing menjaringkan satu gol.

Jurulatih Les Bleus, Didier Des­champs gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya selepas layak ke pusingan akhir Piala Dunia biarpun saingan kelayakan masih berbaki satu perlawanan.

“Semua pemain mendapat peluang sama rata untuk menjaringkan gol pada malam ini (semalam). Mereka tunjukkan persefahaman yang cukup tinggi untuk hasilkan permainan se­perti ini,” katanya.

Mbappe menerima tepukan gemuruh ketika dia dikeluarkan pada minit ke-88, sekali gus memberikan gambaran pemain berusia 23 tahun itu masih menjadi pemain kesayangan penyokong Les Bleus.

Dalam pada itu, Benzema juga menyuarakan rasa gembira apabila dia dan Mbappe semakin menunjukkan keserasian apabila bergandingan di jentera serangan selepas kembali berada dalam skuad kebangsaan pada Euro 2020.

“Kami menunjukkan persefahaman yang cukup tinggi dalam setiap perlawanan. Gandingan saya dan Mbappe tidak berdepan masalah untuk memburu jari­ngan. Saya sangat gembira de­ngan situasi pasukan sekarang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI