fbpx

Penyebar berita palsu kematian Pak Lah berdepan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran berita palsu di kedua-dua akaun Facebook tersebut.

Oleh FAIZUL GHAZI

PUTRAJAYA – Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook yang menyebarkan berita palsu berhubung kematian bekas Perdana Menteri Malaysia kelima itu.

Malah, terbaharu, pejabat bekas Perdana Menteri itu mengesan satu lagi hantaran Facebook pemilik nama Mohd. Hasni Izuwan dan Saifulzaman Mahmood yang menyebar berhubung berita palsu status kesihatan Abdullah.

“Pejabat ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut. Untuk makluman semua pihak, Tun Abdullah berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga beliau.

“Pejabat Tun Abdullah memandang serius penularan berita palsu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu,” kata pejabat bekas perdana menteri itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, pihak pengurusan pejabat Tun Abdullah berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan daripada pihak berkaitan sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan.

Terdahulu, berita palsu tersebut tersebar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan Tun Abdullah yang mesra dikenali Pak Lah.

Bagaimanapun, semakan Kosmo! di kedua-dua akaun Facebook yang menyebarkan berita palsu itu mendapati hantaran tersebut telah dipadamkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI