fbpx

Pengantin lelaki kemaruk berjoget dengan penyanyi dangdut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mereka kelihatan asyik menari di pentas perkahwinan sehinggakan pengantin perempuan dilihat memandang ke arah suaminya dengan wajah menahan marah. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video memaparkan aksi seorang pengantin lelaki sedang asyik berjoget dan menyanyi bersama penyanyi dangdut menjadi tular di TikTok lantaran reaksi pengantin perempuan yang kelihatan menahan marah kerana tingkah laku suaminya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dikongsikan itu, pengantin lelaki dilihat sedang menyanyi dan menari bersama seorang penyanyi dangdut yang dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinannya.

Kedua-duanya  kelihatan asyik menari di pentas majlis perkahwinan sehinggakan pengantin perempuan dilihat memandang ke arah suaminya dengan wajah menahan marah sambil bercekak pinggang.

“Isterinya hanya mampu tersenyum dan menahan marah kerana ramai tetamu yang hadir,” tulis keterangan pada video tersebut.

Pada penghujung video, ibu pengantin perempuan secara tiba-tiba naik ke atas pentas dan merampas mikrofon daripada menantunya lantas menyanyi bersama-sama penyanyi wanita tersebut.

Pengantin lelaki berkenaan kelihatan malu dengan tindakannya, lantas beredar dan mengambil makanan untuk dijamah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN