fbpx

Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicklin mengugut lebih 70 orang gadis remaja dari seluruh dunia untuk melakukan aksi seksual yang memalukan. - Mirror UK

LONDON – Seorang pedofil memaksa seorang gadis remaja untuk mengukir namanya pada payu dara gadis terbabit selain mengugut 70 remaja lain dari seluruh dunia untuk melakukan aksi seksual yang memalukan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Mahkamah Jenayah Liverpool dimaklumkan bahawa Elliot Nicklin, 22, mengugut untuk membunuh diri sekiranya mangsanya enggan melakukan aksi lucah  yang diminta.

Nicklin menggunakan sebuah laman web untuk menarik mangsanya sebelum mengugut mereka.

Polis  percaya bahawa dia telah melakukan penderaan terhadap lebih 70 remaja perempuan.

Ramai antara mangsa lelaki itu yang mengalami penderaan psikologi oleh tindakan Nicklin.

Nicklin dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Liverpool kelmarin di mana perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya ditangguhkan apabila pasukan paramedik terpaksa dipanggil selepas tertuduh mengalami serangan panik dan mengadu sakit dada.

Nicklin mengaku salah terhadap 27 pertuduhan termasuk memiliki ratusan imej kanak-kanak dalam keadaan tidak senonoh.

Dia turut menghantar lapan  imej tersebut kepada kenalan lain.

Menurut pendakwa raya, Nicola Daley, peranti milik Nickley yang dirampas mengandungi lebih 1,500 imej tidak senonoh kanak-kanak.

“Dari segi skala dan sifat imej tersebut, ia adalah amat memalukan,” kata Daley. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI