fbpx

MPKAFA ganti penilaian secara bertulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) ketika lawatan ke SIRAJ SUBA sempena pelaksanaan MPKAFA bagi pelajar tahun 5 dan 6 hari ini.

PETALING JAYA – Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA) buat julung kalinya diperkenalkan bagi menggantikan penilaian secara bertulis.

Modul ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula pada 15 hingga 30 November 2021 yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid tahun 5 dan 6.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, aktiviti penilaian bersepadu dan fleksibel ini melibatkan semua guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di setiap premis KAFA.

“Perlaksanaan MPKAFA boleh dilaksanakan secara tiga kaedah sama ada secara dalam talian, luar talian dan ‘off-site’ agar dapat mempermudahkan proses penilaian dijalankan.

“Kaedah penilaian secara ‘mentor mentee’ melibatkan 45 orang guru yang akan menilai pelajar seorang demi seorang,” katanya ketika menghadiri lawatan pelaksanaan MPKAFA bertempat di SIRAJ SUBA pagi ini.

Sementara itu, seramai 304 calon MPKAFA tahun 5 dan 6 di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Saidina Uthman Bin Affan (SIRAJ SUBA) menjalankan penilaian tersebut secara bersemuka, manakala lapan calon lain dinilai melalui kaedah dalam talian disebabkan menjalani tempoh kuarantin dan ada yang berhijrah ke kampung.

Selain itu, MPKAFA melibatkan lima subkjek utama ialah Ulum Syariah (Ibadah dan Aqidah), Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat, Sirah serta Lughah Al-Quran (Bahasa Arab) dan bagi setiap subjek akan dilaksanakan tiga set modul daripada lima pilihan yang disediakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI