fbpx

Mawar Rashid dituduh gila harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR RASHID meluahkan perasaan terkilan tetapi dalam masa sama bangga dapat memiliki rumah sendiri pada usia 26 tahun.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa terkilan apabila sering dilabel sebagai seorang wanita materialistik atau mata duitan oleh netizen.

Selain digelar mata duita, Mawar, 26, berkata, terdapat juga segelintior netizen menuduhkan sebagai wanita yang hanya memandang harta dan hidupnya 100 peratus ditanggung suami.

“Dari dahulu lagi saya selalu dengar orang cakap bahawa saya seorang materialistik. Saya pandang harta dan hidup saya ditanggung suami.

“Sedih hati saya. Sangat perit sebab selama ini saya bekerja 24 jam seminggu (tujuh hari) habis-habisan,” jelas Mawar dalam satu perkongsian dalam Instagram.

Dalam luahan itu juga, isteri kepada Raf Yaakob itu turut memberitahu bahawa dia sememangnya seorang yang sangat kuat bekerja sejak usia belasan tahun lagi untuk memperoleh pendapatan sendiri.

“Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga, mereka tahu macam mana saya sibuk bekerja daripada muda. Sejak kecil saya memang diajar untuk berdikari.

“Usia 15 tahun lagi saya tidak lagi meminta duit daripada ibu untuk ke sekolah. Saya cari duit sendiri sehingga masuk kolej. Sampailah sudah berkahwin dan ada dua orang anak,” katanya.

Sambung Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid lagi, disebabkan terlalu kuat bekerja, banyak kali dia menangis akibat mengalami ‘burnout’ atau kepenatan melampau.

“Sudah banyak kali saya mengalami ‘burnout’ sebab terlalu penat. Sebagai peniaga, isteri dan ibu. Saya pernah menangis sebab jadual terlampau padat.

“Baru-baru ini buat pertama kali saya rasa otak tepu sehingga terpaksa tunda penggambaran sebab sudah bekerja secara berlebihan,” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, Mawar turut berterima kasih kepada suaminya kerana banyak membantu termasuk berkongsi modal bersama-sama untuk memiliki kediaman idamannya.

Baru-baru ini, Mawar ada berkongsi kegembiraannya apabila menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami di kediaman baharu berharga hampir RM2 juta.

Menerusi laporan Kosmo! pada 10 November lalu, Mawar meluahkan rasa syukur kerana dia akhirnya dapat memiliki sebuah rumah idaman selepas berhempas pulas bekerja dan mengumpul wang selama ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI